Sejarah Awal Kumpulan_Sepah

Jep dan Mamat terlebih dahulu berkawan semasa sama-sama masih bersekolah di SMK Sultan Ibrahim, Kulaijaya, Johor. Jep dan Shuib pula berkenalan sewaktu bertemu di ujibakat AF 4 tetapi tidak terpilih. Persahabatan mereka berlanjutan hingga sama-sama bekerja sebagai Ground Crew untuk Air Asia bersama-sama Shuib. Disebabkan ingin melengkapkan kumpulan mereka, Jep mencadangkan rakan lamanya Mamat yang seorang kaki langgar. Shuib sebelum bertemu Jep, dia berkenalan dengan Mawi sebelum juara AF 3 itu menjadi selebriti semasa dia masih bekerja sebagai dj di restoran dimana Shuib sering berkaraoke.

Asalnya masing-masing minat menyanyi dan mahu menjadi penyanyi tetapi disebabkan mendapat nasihat yang syarikat rakaman mahukan rupa paras yang menarik, mereka pun mengubah hala tuju dengan memilih platform Raja Lawak untuk memasarkan bakat mereka dan percubaan itu akhirnya menjadi apabila mereka ditabalkan Raja Lawak musim ke 3 dan kumpulan pertama menjuarai pertandingan itu.